17 maut bot karam di perairan Myanmar


Sekurang-kurangnya 55 orang berada di atas bot yang karam di Teluk Bengal dan lapan daripada mereka berjaya diselamatkan. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2023.

MAYAT 17 orang ditemui di pantai Negeri Rakhine di barat Myanmar selepas sebuah bot karam di Teluk Bengal, kata seorang pegawai dari Yayasan Shwe Yaung Myittar, Yar La kepada Xinhua pada Khamis.

Sekurang-kurangnya 55 orang berada di atas bot dan lapan daripada mereka berjaya diselamatkan, tambahnya.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan, katanya. – Bernama, 11 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen