DAP janji tidak ganggu agama Islam, kata Zahid


Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP sangat menghormati kedudukan agama Islam sebagaimana dalam Perlembagaan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Ogos, 2023.

TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP memberi komitmen yang parti itu sentiasa menghormati agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Loke semasa penubuhan kerajaan perpaduan yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) serta rakan gabungan dari Sabah dan Sarawak. 

“Allah telah takdirkan kombinasi antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya mewakili Umno dan BN dibantu Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Abang Openg, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor serta Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Anthony Loke berjanji depan kami semua bahawa DAP tidak akan pernah ganggu agama Islam di Malaysia kerana DAP sangat menghormati kedudukan agama Islam sebagaimana dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas hadir Program Pemimpin Bersama Masyarakat di Perumahan Nelayan Tok Bali di Pasir Puteh, hari ini. 

Turut hadir Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman. – Bernama, 9 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen