2 tertimbus, 5 cedera bangunan runtuh di Korea Selatan


Afif Abd Halim

Dua pekerja tertimbus dan lima yang lain cedera apabila tingkat atas bangunan yang sedang dalam pembinaan di Anseong, Korea Selatan. – Gambar Facebook, 9 Ogos, 2023.

DUA pekerja tertimbus dan lima yang lain cedera apabila tingkat atas bangunan yang sedang dalam pembinaan di Korea Selatan runtuh pada Rabu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.

Bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan itu terletak di Anseong, kira-kira 60 kilometer tenggara Seoul.

Kejadian berlaku pada 11.49 pagi waktu tempatan.

Runtuhan itu menyebabkan dua pekerja tertimbus dan lima lagi cedera. Jengkaut dan kren digunakan untuk operasi menyelamat.

Polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada peraturan keselamatan dipatuhi. – Bernama, 9 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen