Dedah maklumat sensitif doktor, menteri kesihatan Poland letak jawatan


Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki menerima peletakan jawatan Menteri Kesihatan Adam Niedzielski yang mencetuskan kemarahan dengan mendedahkan maklumat sensitif mengenai seorang doktor. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2023.

PERDANA Menteri Poland Mateusz Morawiecki berkata beliau menerima peletakan jawatan Menteri Kesihatan Adam Niedzielski yang mencetuskan kemarahan dengan mendedahkan maklumat sensitif mengenai seorang doktor, lapor Xinhua.

Pada Khamis, penyiar swasta Poland menyiarkan rakaman pesakit di bandar Poznan yang tidak dapat menerima ubat penahan sakit kerana peraturan preskripsi baharu.

Seorang doktor mengulas keadaan itu berkata beliau tidak dapat memberikan ubat yang diperlukan.

Niedzielski kemudiannya menerbitkan data peribadi doktor itu di media sosial, bersama dengan dakwaan bahawa beliau menetapkan ubat larangan itu atas namanya sendiri.

Doktor itu kemudian mengeluarkan notis undang-undang pada Isnin menuntut permohonan maaf dan pembayaran ganti rugi sebanyak 100,000 zloty (AS$24,60) oleh Niedzielski, lapor media tempatan. – Bernama, 9 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen