Gempa bumi landa Tonga, Pondaguitan


GEMPA bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Tonga pada 6.38 petang semalam, menurut Kajian Geologi AS (USGS).

Pusat gempa dengan kedalaman 58 kilometer ditentukan pada 15.25 darjah selatan dan 173.17 darjah barat, lapor Xinhua.

Sementara itu, satu lagi kejadian gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan 28 km Pondaguitan, Filipina, pada 12 tengah malam tadi, menurut USGS.

Pusat gempa, dengan kedalaman 58.2 km, ditentukan pada 6.48 darjah utara dan 126.40 darjah timur. – Bernama, 9 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen