PARTI Sosialis Malaysia (PSM) akan turun ke hari pengundian Sabtu ini dengan harapan baharu kerana pengundi secara amnya menyokong parti berhaluan kiri itu dan menyedari khidmatnya, kata calonnya.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kekeliruan dalam kalangan pengundi mengenai penjajaran politik parti, kerana pengundi ini masih bertanya sama ada parti itu sehaluan dengan Pakatan Harapan atau sebaliknya, dan jika ya, mengapa ia bertanding menentang gabungan itu.
Namun secara terang-terangan, calon-calon itu berkata mereka lebih popular daripada beberapa calon Perikatan Nasional kerana mereka telah berkhidmat untuk masyarakat di kawasan masing-masing sejak sekian lama.
Timbalan pengerusi parti S. Arutchelvan, yang bertanding di Kajang, sangat bersemangat ketika bercakap dengan The Malaysian Insight.
Beliau berkata kempennya berjalan lancar, dan PSM mendahului PN dari segi perang poster.
Beliau juga berkata ramai pengundi mengenalinya kerana beliau adalah ahli majlis selama lima tahun antara 2008 dan 2013.
“Ramai orang mengenali kami di Kajang dan kami adalah nombor dua manakala PH-BN mengetuai perang poster. PN mengekori di belakang. Kami jauh lebih kuat daripada PN.
“Sukarelawan yang membantu juga merupakan satu kelebihan bagi kami dan pengundi muda memberi maklum balas yang baik kepada kami. Kami juga mendapat sokongan daripada aktivis lain seperti dari Siti Kasim,” kata Arutchelvan.
Bagaimanapun, beliau berkata bendera merah simbolik PSM menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai kerana ramai yang menyangka mereka adalah sebahagian daripada gabungan PH-BN.
“Saya perlu menjelaskan bahawa kami tidak sama, satu-satunya perkara yang serupa ialah warna kami kebetulan merah dan PH juga menggunakan merah.”
Arutchelvan yang menjadi aktivis selama lebih 30 tahun berkata, PSM pada mulanya menumpukan perhatian kepada masyarakat Cina di Sungai Long dan di Bandar Mahkota tetapi akan memasuki perkampungan Melayu dalam beberapa hari akan datang.
“Sebab kita dengar daripada pegawai cawangan khas bahawa calon PH dan PN tidak begitu popular dalam kalangan orang Melayu.
“Kami akan cuba meyakinkan rakyat dan mendidik mereka untuk memilih calon yang lebih baik.
“Kami berjalan lancar di Kajang. Kami mempunyai papan iklan yang ditaja oleh individu, baju-t kami juga ditaja,” kata Arutchelvan.
Hee Loy Sian dari PKR memenangi kerusi Kajang pada pilihan raya umum 2018, menewaskan Zaiton Ahmad daripada PAS dengan majoriti 30,755 undi. MCA dan PRM turut meletakkan calon dalam pertembungan empat penjuru itu.– 8 Ogos, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen