Pakatan-BN sudah ada beberapa nama calon MB Kelantan, kata Zahid


Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima beberapa nama calon yang bakal menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan-BN memenangi PRN pada 12 Ogos ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2023.

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah menerima beberapa nama calon yang bakal menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya Pakatan Harapan-Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu pada 12 Ogos ini.

Beliau berkata senarai nama calon itu diserahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Ahmad Jazlan Yaakob baru-baru ini.

“Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan berapa jumlah itu dan siapa calon itu sekarang ini, cuma kami sudah ada beberapa nama calon untuk menjadi Menteri Besar Kelantan.

“Hal ini kerana kita tidak mahu mendahului titah dan perkenan Sultan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Desa Cerdas Kemas di Plaza IMT-GT Bukit Bunga di Jeli hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Pas Kelantan menjelaskan tidak perlu memberi bayangan siapa yang akan dipilih menjadi menteri besar di negeri itu selagi PRN belum selesai. – Bernama, 7 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen