30 hilang 2 kapal karam di Itali


Kira-kira 30 orang dilaporkan hilang selepas dua kapal karam di luar kepulauan Lampedusa di Itali. – Gambar Twitter, 6 Ogos, 2023.

KIRA-KIRA 30 orang dilaporkan hilang pada awal Ahad selepas dua kapal karam di luar kepulauan Lampedusa di Itali.

Pengawal pantai berjaya menyelamatkan 57 pendatang dan menemukan dua mayat iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak, lapor agensi berita Itali ANSA.

Bot pertama didakwa membawa 48 penumpang dengan 45 daripadanya berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi penumpang gagal dikesan.

Bot kedua yang membawa 42 penumpang dari Afrika Sub-Sahara, 14 daripadanya berjaya diselamatkan. – Bernama, 6 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen