SEMUA bahasa peribumi Australia datang dari bahasa tunggal yang sama, dedah satu kajian hari ini. Ia satu penemuan yang memberi sinar baharu kepada sejarah budaya negara itu.
Lebih daripada 250 bahasa telah dituturkan di penempatan British itu pada 1788, dan selepas tiga tahun menyiasat asal-usul mereka, para penyelidik berkata mereka akhirnya berjaya membuktikan satu teori lama bahawa mereka semua berasal dari Proto-Australian.
Kewujudan bahasa ibunda yang sama memberi lebih maklumat kepada idea bahawa semua keturunan Aboriginal Australia berasal dari satu kumpulan yang mendarat di benua itu sekurang-kurangnya 65,000 tahun dahulu. Beberapa milenium berikutnya ia tersebar menjadi pelbagai etnik dan bahasa.
Kajian tersebut menggunakan kaedah standard dalam sejarah linguistik bagi menentukan sama ada persamaan antara bahasa adalah kerana warisan dari nenek moyang yang sama, berbanding dipindahkan dari satu bahasa ke bahasa lain melalui hubungan manusia.
Ketua Penyiasat Universiti Wstern Sydney, Robert Mailhammer, berkata penemuan itu berulang kali mendedahkahan persamaan antara bahasa yang tiada hubungan.
Beliau juga berkata penemuan menunjukkan Proto-Australia ditutur kira-kira 12,000 tahun dahulu.
“Ini mencetuskan lebih banyak persoalan mengenai bagaimana bahasa-bahasa ini tersebar dan bagaimana penemuan linguistik ada kaitan dengan penemuan genetik,” katanya. – AFP, 28 Mac, 2018.
Komen