CHOW Kon Yeow akan berkhidmat sepenuh penggal sebagai ketua menteri Pulau Pinang jika Pakatan Harapan dan Barisan Nasional kembali memegang jawatan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.
Loke turut menolak dakwaan terdapat rancangan untuk menjatuhkan Chow sebagai ketua DAP Pulau Pinang apabila bahagian negeri itu mengadakan pemilihannya tahun depan.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata dakwaan itu bertujuan menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan dibuat oleh orang ramai yang kecewa selepas tidak diletakkan parti untuk pilihan raya negeri.
“Selepas kerajaan negeri dibentuk, Kon Yeow akan dilantik serta dinamakan sebagai Ketua Menteri dan kita akan pastikan sokongan kepada beliau berterusan sepanjang penggal depan.
“Ia adalah komitmen dan pendirian parti DAP, jadi jangan dengar dakwaan itu kerana tidak sahih. Mereka tidak mewakili pendirian DAP,” katanya memetrik laporan Harian Metro hari ini.
Loke mengulas dakwaan bekas ahli majlis bandar raya Seberang Perai, David Marshel yang berkata terdapat rancangan untuk menggulingkan Chow sebagai ketua DAP Pulau Pinang apabila bahagian negeri mengadakan pemilihan dalaman.
Marshel bertanding untuk kerusi Perai sebagai calon bebas. – 5 Ogos, 2023.
Komen