PEGUAM dan aktivis Haris Ibrahim meninggal dunia tengah hari tadi di rumah abangnya di di Taman Tun Dr Ismail.
Allahyarham yang juga pengasas gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 63 tahun akibat kanser paru-paru tahap empat.
Kakar ipar Haris, Firoza Burhan dipetik The Star sebagai berkata Allahyarham mengadu keletihan keletihan beberapa jam sebelum meninggal dunia.
Allahyarham dilaporkan tinggal bersama abangnya selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat pada April tahun lepas, dan doktor memaklumkan mempunyai tempoh enam bulan untuk hidup.
Kali terakhir Haris muncul di khalayak ramai ialah semasa perarakan “Walk for Judicial Independence” dianjurkan Majlis Peguam pada Jun 2022, walaupun terpaksa berkerusi roda sebagai tanda sokongan. – 5 Ogos 2023.
Komen