Sarawak teruskan pembinaan pusat kanser bernilai RM1.2 bilion


Desmond Davidson

Sarawak mahu meneruskan pembinaan pusat kanser bernilai RM1.2 bilion di Samarahan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Ogos, 2023.

SARAWAK akan meneruskan pembinaan pusat kanser bernilai RM1.2 bilion di Samarahan walaupun Putrajata berkata mereka tiada dana untuk membiayainya.

“Kami mahukan pusat itu,” kata Premier Abang Johari Openg kepada peserta persidangan kesihatan mental di Kuching, hari ini.

“Sarawak minta dana Kerajaan Persekutuan tapi mereka kata tiada duit.”

Katanya lagi beliau memberitahu Kerajaan Persekutuan yang Kerajaan negeri akan mencari dana terlebih dahulu dan Kerajaan Persekutuan boleh membayarnya semula kemudian.

Jelasnya menaik taraf infrastruktur kesihatan Sarawak adalah fokus utama Kerajaan negeri.

“Apa yang penting adalah rakyat Sarawak perlu ada penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang baik. Itu hak mereka.”

Tambahnya, pusat kanser itu penting kerana ia boleh mengurangkan kos rawatan kanser bukan hanya untuk penduduk Sarawak tetapi juga jiran-jirannya Brunei, Sabah dan Kalimantan. – 5 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen