9 kanak-kanak cedera jatuh pelantar tinjau di Republik Czech


Sembilan kanak-kanak, beberapa daripadanya mengalami kecederaan serius apabila terjatuh dari pelantar tinjau di Bohemian Highlands, Republik Czech. – Gambar Facebook, 5 Ogos, 2023.

SEKUMPULAN kanak-kanak terjatuh dari pelantar tinjau setinggi kira-kira tiga meter di Republik Czech.

Sembilan kanak-kanak, beberapa daripadanya mengalami kecederaan serius, dibawa ke hospital dengan helikopter dan ambulans, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik jurucakap polis.

Kejadian berlaku lewat petang Khamis semasa kanak-kanak yang berumur antara lapan dan 13 tahun itu menyertai kem percutian.

Platform dipanggil Triangel itu terletak di Kampung Markvartice berhampiran sempadan Jerman.           Kawasan itu terletak di Bohemian Highlands, yang terkenal dengan gunung berbentuk kon.

Menurut siasatan awal, pelantar kayu itu mungkin roboh kerana beban berlebihan. Platform itu direka untuk memuatkan hanya empat orang, menurut kenyataan kampung itu.

Polis menjalankan siasatan kerana disyaki berlaku kecuaian hingga mengakibatkan kecederaan. – Bernama, 5 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen