SERAMAI 13 mangsa cedera dalam kejadian amuk di bandar Seongnam di Seoul, Korea Selatan semalam, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Yonhap.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia awal 20-an yang memakai hoodie hitam, topi dan cermin mata hitam, mengacukan senjata ke arah pengunjung sebuah gedung serbaneka di Seongnam pada kira-kira 6 petang waktu tempatan, menyebabkan sembilan cedera ditikam.
Sebelum menikam mangsa, suspek dipercayai memandu kereta ke kaki lima di gedung membeli-belah itu dan merempuh serta mencederakan empat pejalan kaki, dua daripadanya dilaporkan kritikal.
Polis menahan suspek berhampiran tempat kejadian pada kira-kira 6.05 petang waktu tempatan dan motif kejadian sedang disiasat. – Bernama, 4 Ogos, 2023.
Komen