Seorang maut, 7 cedera insiden letupan bom di Pattani


SEORANG anggota tentera maut, manakala tujuh lagi termasuk dua orang awam cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand. 

Ketua Polis Daerah Yaring  Kol. Pol. Theerapoj Yindee berkata dalam insiden 9.30 pagi (waktu tempatan) itu, sebutir bom diletupkan di tepi jalan menyasarkan sebuah trak tentera.

Katanya, enam anggota dalam trak itu termasuk pemandu sedang dalam perjalanan dari Kem Kalayaniwattana, Narathiwat ke Pattani.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebutir bom buatan sendiri seberat 25 kilogram dipasang di tepi jalan dan diletupkan menggunakan walkie-talkie.

“Kekuatan letupan menyebabkan trak tentera mengalami kerosakan teruk. Pemandu trak mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di hospital. Lima lagi anggota tentera dan dua penunggang motosikal turut cedera,” katanya. – Bernama, 4 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen