Muka baru calon DAP hadapi laluan sukar di Selangor


Angie Tan

Calon Sungai Pelek Lwi Kian Keong berkata beliau tidak terlalu baru dalam pilihan raya kerana pernah menjadi pengarah kempen sebelum ini. – Gambar Facebook, 4 Ogos, 2023.

NASIB calon baru pilihan raya DAP bergantung kepada bagaimana pengundi, terutamanya Melayu, membuang undi dalam pilihan raya negeri (PRN) Selangor akan datang ketika Pakatan Harapan (PH) berhasrat meneruskan pemerintahan mereka di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata parti itu tidak boleh kehilangan mana-mana daripada 15 kerusi yang diperuntukkan untuk bertanding.

PH yang berkuasa di negeri itu sejak 15 tahun lalu, berdepan cabaran sengit daripada Perikatan Nasional (PN), sebuah pakatan yang bergantung sepenuhnya kepada agenda Melayu/Islamnya.

Muka baharu yang memerlukan sokongan Melayu untuk memastikan kemenangannya ialah calon Sungai Pelek Lwi Kian Keong.

Lwi memberitahu The Malaysian Insight yang beliau mungkin “muka baru” sebagai calon dalam pilihan raya, tetapi tidak terlalu “baru” dalam pilihan raya kerana pernah menjadi pengarah kempen di kawasan majoriti Melayu dengan 47,335 pengundi bagi Adun DAP sebelum ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, beliau adalah pengarah kempen untuk Lai Nyuk Lan dan pada PRU 2018 untuk Ronnie Liu.

Lwi sedar yang beliau perlu melaksanakan tugas, sambil menambah mempertahankan kerusi itu adalah keutamaannya.

Bagi melakukan itu, beliau perlu meyakinkan pengundi Melayu, yang membentuk 61% daripada pengundi di kawasan ini, mengenai mengapa mereka harus mengundinya.

Komposisi pengundi Melayu di Sungai Pelek semakin berkembang dan kini membentuk 61% daripada jumlah pengundi.

Lwi berkata tidak terlalu bimbang mengenainya.

“Saya sudah berkhidmat dengan mereka sebagai ahli majlis perbandaran selama 13 tahun dan mempunyai hubungan baik dengan mereka,” katanya.

Beliau juga berkata semasa menjadi pemimpin akar umbi, turut berjaya mendekati pengundi muda Melayu.

Lwi berkata “50% yakin” dapat mempertahankan kerusi DAP yang rampas daripada MCA pada 2013. – 4 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen