C4 desak SPRM siasat 'gula-gula' pilihan raya diumumkan Zahid


Pada 28 Julai lalu, TPM Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan yang secara jelas berkata jumlah itu mungkin dinaikkan bergantung kepada keputusan pilihan raya negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2023.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti menyiasat Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengumumannya baru-baru ini yang menawarkan geran kewangan sebagai balasan undi di Terengganu, kata badan pemerhati antirasuah hari ini.

Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4) berkata siasatan itu perlu untuk memastikan sama ada kesalahan pilihan raya memang dilakukan.

C4 juga berkata jika tiada siasatan dijalankan, SPRM mesti menjelaskan mengapa ia tidak mahu melihat wujudnya kemungkinan kesalahan yang termasuk dalam mandat berkanunnya.

Ia merujuk kepada kenyataan Zahid yang dilaporkan secara meluas kepada kumpulan belia Terengganu yang beliau meminta sokongan mereka sebagai balasan pembiayaan persekutuan.

Pada 28 Julai, Zahid yang merupakan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah mengumumkan peruntukan persekutuan tertentu kepada kumpulan belia Terengganu, yang beliau secara jelas berkata jumlah itu mungkin dinaikkan bergantung kepada keputusan pilihan raya negeri Terengganu.

Dalam pilihan raya negeri, Pakistan Harapan dan Barisan Nasional cuba menewaskan Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah di Terengganu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan inisiatif Zahid, dengan menyatakan peruntukan itu sudah dirancang terlebih dahulu.

Beliau berkata tidak akan ada sebarang penyalahgunaan dana semasa kempen pilihan raya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki juga berkata Zahid tidak melakukan sebarang kesalahan kerana pemberian ini sudah diluluskan oleh kerajaan persekutuan, dan oleh itu tidak mempunyai unsur rasuah.

Beliau juga berkata tidak perlu mengeluarkan garis panduan baharu untuk mengawal pemberian bantuan dan peruntukan kerajaan semasa pilihan raya, kerana Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (EOA), khususnya Seksyen 10, adalah cukup jelas dan ketat. – 3 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen