KIRA-KIRA 100,000 pelarian Ukraine yang tinggal di United Kingdom (UK) terpaksa meninggalkan negara itu pada 2025 apabila visa mereka tamat, lapor Sptunik.
Dalam hal ini Ahli Parlimen UK dan bekas setiausaha kehakiman Robert Buckland menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk memberikan warga Ukraine status yang lebih kekal dengan “tahap kepastian yang lebih tinggi” tetapi tanpa memberikan kewarganegaraan penuh, lapor The Telegraph semalam.
Sejak bermulanya operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine pada 24 Februari 2022, 182,000 warga Ukraine datang ke UK di bawah skim Rumah untuk Ukraine dan Skim Keluarga Ukraine yang memberikan hak untuk tinggal di negara itu selama tiga tahun. – Bernama, 3 Ogos, 2023.
Komen