RAKYAT Malaysia yang mahu ke luar negara masih perlu membayar levi pelepasan sebelum dibenarkan melakukan perjalanan.
Dalam satu keputusan sebulat suara, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan difailkan peguam R. Kengadharan untuk mendapatkan kebenaran memulakan rayuan berhubung kesahan Akta Levi Pelepasan 2019 dan Perintah Levi Pelepasan 2019.
Panel tiga hakim itu dipengerusikan Hakim P. Nalllini bersama Hakim Hasnah Mohammed Hashim dan Hakim Nordin Hassan.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menafikan cabaran undang-undang difailkan Kengadharan di mana beliau mendakwa undang-undang levi pelepasan itu bercanggah dengan hak asasnya untuk ke luar negara. – 3 Ogos, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen