PRESIDEN China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Pakistan Arif Alvi susulan insiden serangan pengebom bunuh diri di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Xi berkata beliau terkejut dan turut dukacita dengan kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa itu.
Beliau turut menzahirkan simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi itu.
Xi berkata China menolak keganasan dalam semua bentuk dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.
Beliau berjanji, China akan terus berdiri teguh dalam menyokong segala usaha Pakistan menggerakkan pelan tindakan antikeganasan, di samping menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau ini dan dunia.
Perdana Menteri China Li Qiang turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya, Shahbaz Sharif.– Bernama, 2 Ogos, 2023.
Komen