Tengah Turkiye, Eritrea dilanda gempa bumi


Gempa bumi di wilayah tengah Turkiye, Konya semalam berlaku hampir enam bulan selepas gempa bumi berkembar pada Februari yang mengakibatkan lebih 50,000 kematian penduduk di Turkiye dan Syria. – Gambar EPA, 2 Ogos, 2023.

GEMPA bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah tengah Turkiye, Konya semalam, lapor Xinhua memetik agensi bencana negara itu.

Gempa bumi yang berlaku pada 6.08 petang waktu tempatan (1508 GMT) berpusat pada kedalaman 7.24 km di daerah Selcuklu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.

Gegaran turut dirasai di pusat bandar dan daerah Konya.

Pejabat Gabenor Konya berkata tiada kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku hampir enam bulan selepas gempa bumi berkembar pada Februari yang mengakibatkan lebih 50,000 kematian penduduk di Turkiye dan Syria.

Sementara itu di Addis Ababa, gempa bumi dengan magnitud 5.6 menggegarkan tenggara ibu kota Eritrea, Asmara pada petang Selasa, kata pihak berkuasa.

Gempa pada kedalaman 10 km itu berlaku pada 8.15 malam waktu tempatan (1715 GMT), kata Menteri Penerangan Eritrea Yemane Meskel di media sosial.

Pusat gempa dikesan di bandar Irafale, menurut Kementerian Perlombongan dan Tenaga Eritrea.

Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa. – Bernama, 2 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen