Bersih, Astro Awani lancar kempen keluar mengundi


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil dan penyiar Astro Awani, melancarkan kempen untuk meningkat kan jumlah peratusankeluar mengundi pada PRN 12 Ogos depan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 1 Ogos, 2023.

DENGAN data statistik menjangkakan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya negeri di enam negeri di semenanjung sekitar 59-64%, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan penyiar Astro Awani, melancarkan kempen untuk mengelak jumlah kehadiran sedemikian.

Sasaran mereka - 70% atau lebih.

Bersih ketika mengumumkan kempen #VoteLokal #UndiLokal, menyatakan data sejarah pilihan raya negeri yang tidak diadakan sempena pilihan raya umum menunjukkan peratusan keluar mengundi antara 10-15% lebih rendah daripada PRU.

Kadar peratusan keluar mengundi untuk PRU15, kata Bersih, ialah 74%.

“Bermakna peratusan keluar mengundi untuk 6PRN (pilihan raya di enam negeri) mungkin sekitar 59-64%, jika kita tidak menyokong peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi.”

Bersih berkata naratif semasa yang digunakan oleh parti bertanding pada pilihan raya ialah ia adalah referendum mengenai kerajaan perpaduan dalam isu seperti 3R (kaum, agama dan raja), dan ekonomi.

Katanya kedua-dua belah jurang politik seolah-olah berkempen mengikut garis tersebut.

Menurutnya kempen #VoteLokal #UndiLokal oleh itu akan memfokuskan sebab sebenar negeri-negeri mengadakan pilihan raya dan mengapa mereka perlu keluar dan mengundi.

Katanya ia akan dilaksanakan dengan menarik perhatian pengundi kepada isu negeri dan tempatan.

“Ini penting kerana kerajaan negeri melantik ahli majlis tempatan, yang keputusannya secara langsung memberi kesan kepada perkhidmatan, pembangunan dan perniagaan tempatan kita.

“Ringkasnya, pilihan raya negeri adalah penting kerana ia secara langsung memberi kesan kepada kualiti hidup kita.

“Jika anda mahukan pengurusan perkhidmatan, pembangunan dan perniagaan tempatan yang lebih baik, undilah kerajaan negeri yang lebih baik.” – 1 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen