PEKEBUN kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bermula 1 hingga 31 Ogos 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada Julai 2023.
Kadar IPG Julai bagi sekerap (cuplump) getah dan lateks teraktif di Semenanjung Malaysia pada 35 sen sekilogram bagi 50% kandungan getah kering (KGK) dan 70 sen sekg bagi 100% KGK.
Bagi Sabah, bayaran pada kadar 70 sen sekg bagi 50% KGK dan RM1.40 sekg bagi 100% KGK, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi Sarawak, kadarnya pada 60 sen sekg bagi 50% KGK dan RM1.20 sekg untuk 100% KGK, manakala bagi lateks, kadar IPG adalah 90 sen sekg bagi 100% KGK.
Bermula Januari 2023, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.70 sekg atau ke bawah. – Bernama, 1 Ogos, 2023.
Komen