Moscow diserang 3 dron


Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam serangan dron semalam. – Gambar AFP, 1 Ogos, 2023.

KEMENTERIAN Pertahanan Russia mendakwa Ukraine menyerang Moscow menggunakan tiga dron, dua daripadanya ditembak jatuh, manakala dron ketiga berjaya disekat oleh sistem peperangan elektronik sebelum jatuh di atas bangunan pusat perniagaan Moscow, lapor Sputnik.

“Semalam, percubaan serangan pengganas oleh Kyiv menggunakan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) terhadap kemudahan di bandar Moscow dan wilayah Moscow digagalkan. Dua UAV Ukraine dimusnahkan oleh sistem pertahanan udara di Odintsovo dan Daerah Naro-Fominsk di wilayah Moscow.

“Satu lagi dron disekat dengan peranti elektronik tentera lalu merempuh kompleks bangunan bukan kediaman di Moscow,” menurut kementerian itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Terdahulu, Sobyanin berkata beberapa dron dipercayai menuju ke ibu negara Russia, berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara, tetapi satu daripadanya melanggar menara di Moscow, dan merosakkan tingkat 21.

“Tingkap di kawasan seluas 150 meter persegi telah pecah. Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai kematian,” menurut datuk bandarnya menerusi hantaran di Telegram. – Bernama, 1 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen