Penduduk Malaysia bertambah 2.1% pada 2023


PENDUDUK Malaysia dijangka bertambah 2.1% pada 2023, diterajui oleh migrasi antarabangsa, data rasmi menunjukkan Isnin.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, kata Xinhua.

Menurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi yang berkemungkinan meningkat daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.

Populasi penduduk juga diunjurkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7%.

Komposisi penduduk bagaimanapun diunjur menurun daripada 92.4% pada 2022 kepada 91.1% pada 2023.

Ini disebabkan oleh peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6% kepada 8.9% dalam tempoh yang sama.

Peningkatan itu selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Penstrukturan Semula Pekerjaan 2.0 mulai Januari 2023.

Menurut DOSM, jumlah lelaki mengatasi wanita pada 2023 dengan masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta.

Nisbah jantina bagi keseluruhan populasi ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

Komposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) diunjurkan meningkat daripada 69.6% pada 2022 kepada 70.0% pada 2023.

Peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas (usia tua) dijangka meningkat daripada 7.2% kepada 7.4% bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 diramal menurun kepada 22.6% berbanding 23.2% pada 2022. – Bernama, 31 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen