AS tuan rumah sidang kemuncak 3 hala


Amerika Syarikat bakal jadi tuan rumah sidang kemuncak tiga hala bersama Korea Selatan dan Jepun pada 18 Ogos ini. – Gambar EPA, 31 Julai 2023.

PERDANA Menteri Jepun Fumio Kishida akan melawat Amerika Syarikat (AS) bulan depan untuk mengambil bahagian dalam sidang kemuncak tiga hala dengan pemimpin AS dan Korea Selatan, kata kerajaan Jepun pada Isnin.

“Perdana Menteri Kishida, jika keadaan mengizinkan, akan melawat AS pada 17 Ogos dan menghadiri sidang kemuncak tiga hala Jepun-AS-Korea Selatan di Camp David pada 18 Ogos.

“Selain mengenai tindakan terhadap Korea Utara, sidang kemuncak itu akan bertukar pendapat mengenai pengukuhan kerjasama strategik tiga hala serta memelihara dan mengukuhkan ketenteraman dunia yang bebas dan terbuka berdasarkan kedaulatan undang-undang,” Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno memberitahu taklimat, lapor Sputnik.

Pertemuan itu akan menjadi sidang kemuncak AS-Jepun-Korea Selatan yang pertama diadakan secara bebas dan bukan di luar acara antarabangsa.

Sidang kemuncak tiga hala terbaharu antara ketua ketiga-tiga negara berlangsung semasa sidang kemuncak G7 di Hiroshima pada Mei. – Bernama, 31 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen