Parti pemerintah New Zealand mulakan persiapan pilihan raya 2023


Presiden Parti Buruh New Zealand Jill Day berkata senarai calon untuk Pilihan Raya Umum 2023 yang dikeluarkan menunjukkan parti sedang mengukuhkan pasukan sedia ada. – Gambar Twitter, 31 Julai, 2023.

PARTI pemerintah New Zealand, Parti Buruh mengeluarkan senarai calon sebagai persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2023 yang dijadual diadakan pada Oktober.

Presiden parti itu Jill Day berkata senarai berkenaan menunjukkan Parti Buruh sedang mengukuhkan pasukan sedia ada dan memberi tumpuan kepada isu nafkah hidup yang amat penting kepada rakyat, lapor Xinhua.

“Pilihan raya ini adalah mengenai siapa yang terbaik yang dapat membantu rakyat dalam tempoh masa yang sukar ini seperti penurunan kadar inflasi dan kadar pengangguran yang rendah,” kata Day dalam satu kenyataan hari ini.

Parti Buruh merancang untuk mengurangkan inflasi, menurunkan kos sara hidup, memastikan orang ramai dan komuniti selamat serta melabur dalam pendidikan, kesihatan dan perumahan, katanya. – Bernama, 31 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen