ENAM maut akibat kepanasan dalam keadaan cuaca ekstrem di Puncak, Papua Tengah, Indonesia baru-baru ini, menurut ketua daerahnya Willem Wandik.
Tiga kematian dilaporkan di Agandugume, manakala tiga lagi di Lambewi membabitkan lima dewasa dan seorang bayi baru lahir di dua daerah itu yang didiami 7,500 penduduk.
“Daerah ini mengalami cuaca ekstrem sejak Mei dan kekurangan air menyebabkan dehidrasi dan penggunaan air tercemar menyebabkan cirit-birit.
“Sedikit atau tiada hujan yang turun sehingga Ogos merosakkan tanaman dan sering menyebabkan sakit perut dan cirit-birit selepas makan,” katanya.
Willem mengisytiharkan status respons kecemasan dari 7 Jun hingga 7 Ogos dan menggesa agensi berkaitan mengambil langkah bagi mengurus daerah yang terjejas.
Sehingga 25 Julai, Kementerian Hal Ehwal Sosial menghantar 14 tan makanan dan bekalan ke beberapa daerah menggunakan helikopter tentera.
Semua bekalan diangkut dari gudang di Jakarta dan Jayapura, Papua dengan pesawat kargo tentera Hercules. – Bernama, 30 Julai, 2023.
Komen