Ribut korbankan 7 orang di pantai Republik Mari El


Tujuh orang termasuk tiga kanak-kanak terkorban di Republik Mari El, Russia akibat ribut. – Gambar fail EPA, 30 Julai, 2023.

TUJUH orang termasuk tiga kanak-kanak terkorban di Republik Mari El, Russia akibat ribut, kata pihak berkuasa pertahanan awam tempatan.

“Pada jam 6 petang (15:00 GMT Sabtu), angin kencang menumbangkan sejumlah besar pokok berhampiran Tasik Yalchik, tempat percutian popular yang mempunyai tapak perkemahan.

“Semasa kejadian, 500 kereta berada di kawasan itu. Jumlah kematian yang disahkan setakat hari ini seramai tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak,” kata ketua jawatankuasa pertahanan awam republik itu, Alexandr Malkin, kepada pemberita pada Sabtu.

Malkin berkata 15 orang yang cedera dibawa ke hospital, lapor agensi berita Sputnik.

Sementara itu, pihak berkuasa kecemasan wilayah dalam satu kenyataan pada pagi Ahad berkata seramai 22 orang, termasuk empat kanak-kanak, cedera akibat ribut di Mari El. Seramai 17 orang dimasukkan ke hospital termasuk dua kanak-kanak.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan pada pagi Ahad.

Kira-kira 36,000 pengguna terputus bekalan elektrik. – Bernama, 30 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen