Rakyat nanti tindakan SPRM terhadap Zahid, kata PAS


– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2023.

PAS menuntut jawapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pengumuman terkini Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menjanjikan lebih RM500,000 kepada belia di Terengganu.

Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan rakyat menanti tindakan badan itu terhadap ucapan Zahid.

KataTuan Ibrahim, kenyataan itu sangat jelas memberi sogokan dan bercanggah dengan undang-undang negara”.

“Tindakan memberi pelbagai geran dan sumbangan kewangan dengan syarat mengundi BN/PH jelas merupakan satu bentuk rasuah menjelang pilihan raya negeri.

“Walaupun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam pelbagai diplatform media sosial di atas ucapan tersebut, nampaknya SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jumaat lalu, Zahid menggesa belia yang menghadiri majlis di Dungun itu mengundi ‘gelombang biru dan merah’ pada pillihan raya kali ini sambil menambah jumlah peruntukan itu mungkin dinaikkan sekiranya PH-BN menang.

Zahid yang juga Presiden Umno itu memperuntukkan geran tambahan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu dan RM200,000 untuk persatuan permotoran di negeri itu.

Zahid berkata jumlah itu mungkin ditambah bergantung kepada prestasi belia pada pilihan raya negeri di Terengganu pada 12 Ogos ini.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut bangkit mengkritik ucapan Zahid yang disifatkan menormalisasikan rasuah.

Namun dalam responsnya terhadap kritikan itu, Zahid berkata, golongan belia di negara ini memerlukan peruntukan yang cukup untuk mereka menjalankan aktiviti. – 30 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen