BERSATU bergantung kepada sumbangan orang ramai dan tajaan untuk bertanding pada enam pilihan raya negeri (PRN) ini, kata presidennya Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ini disebabkan akaun parti dibekukan oleh pihak berkuasa.
“Akaun semua dibekukan. Ini adalah orang ramai yang berasakan mereka mahu membantu Bersatu dan Perikatan Nasional (PN). Mengapa perlu kita persoalkan? Saya tidak tanya berapa yang mereka belanjakan,” katanya yang juga pengerusi PN.
Pihak berkuasa membekukan dan menyita akaun Bersatu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap Muhyiddin atasu tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
Beliau berdepan pendakwaan di mahkamah.
Bekas perdana menteri itu turut meluahkan keyakinan PN akan menang PRN ini, memetik rasa tidak puas hati rakyat terhadap Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang memerintah di peringkat persekutuan.
“Ia adalah tanda penolakan dan majoritinya tidak gembira. Jadi ini sangat ketara,” katanya. – 29 Julai, 2023.
Komen