Ahli DAP tanding atas tiket bebas automatik dipecat daripada parti, kata Loke


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan mana-mana ahli parti itu yang bertanding sebagai calon bebas pada PRN pada 12 Ogos ini secara automatik akan dipecat keahlian mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Julai, 2023.

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke menegaskan mana-mana ahli parti itu yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini secara automatik akan dipecat keahlian mereka.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan dua anggota parti iaitu bekas Adun Bagan Dalam, M. Satees dan Ketua Cawangan DAP Kampung Jawa Autocity, David Marshel  mengumumkan keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.

Satees dilaporkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam manakala David mengumumkan akan bertanding kerusi DUN Prai.

Kedua-dua mereka memaklumkan sudah menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha Agung DAP.

Loke berkata mereka yang menyerahkan surat keluar parti berhak bertanding atas mana-mana tiket parti atau bebas dalam mana-mana pilihan raya.

PRN melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan manakala Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos ini dengan hari penamaan calon esok. – Bernama, 28 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen