PERIKATAN Nasional tidak memberi tumpuan kepada calon menteri besar Negeri Sembilan kerana fokus mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, kata pengerusinya Ahmad Faizal Azumu.
“Sasaran PN memenangi PRN dengan kerjasama berpasukan tanpa mengira parti mana yang bertanding tetapi mereka wakil PN dan saya percaya kami mampu buat kejutan,” katanya seperti dipetik Berita Harian hari ini.
Katanya, sebab itu PN tidak tertumpu kepada calon menteri besar.
“Apabila kita mendapat cukup kerusi atau kita mempunyai cukup majoriti untuk membentuk kerajaan, kita akan mempersembahkan nama-nama itu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
“Tugas yang penting sekarang ialah PN memenangi PRN Negeri Sembilan terlebih dahulu,” katanya.
Penamaan calon untuk PRN di enam negeri akan diadakan esok. – 28 Julai, 2023.
Komen