Korea Utara komited hapuskan nuklear


Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un berkata demikian ketika lawatan ke China bertemu Presiden Xi Jinping hari ini. – Gambar AFP, 28 Mac, 2018.

PEMIMPIN Korea Utara Kim Jong Un memberitahu Presiden China Xi Jinping yang negara senjata nuklear tu “komited terhadap penghapusan nuklear”, lapor agensi berita rasmi Xinhua hari ini ketika lawatan pertama pemimpin it uke Beijing untuk kali pertama, menjelang sidang kemuncak yang dirancang oleh Seoul dan Washington.

“Isu penghapusan nuklear Semenanjung Korea boleh diselesaikan, jika Korea Selatan dan Amerika Syarikat memberikan reaksi kepada usaha kami dengan baik, membentuk persekitaran yang aman dan stabil dan pada masa sama mengambil langkah progresif dan bersama untuk membentuk keamanan,” kata Kim pada lawatannya yang berakhir hari ini. – AFP, 28 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen