Trump berdepan lebih banyak pertuduhan kes dokumen sulit


Bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump berdepan pertuduhan baharu membabitkan kes dokumen sulit. – Gambar AFP, 28 Julai, 2023.

BEKAS presiden Amerika Syarikat Donald Trump berdepan pertuduhan baharu membabitkan kes dokumen sulit, lapor media tempatan.

Peguam khas Jack Smith mengemukakan pertuduhan tambahan terhadap Trump, termasuk menghalang dan menyimpan maklumat pertahanan negara secara sengaja.

Tuduhan menghalang tertumpu pada percubaan memadam rakaman kamera keselamatan di estet Mar-a-Lago Trump di Florida selepas Jabatan Kehakiman mengeluarkan sepina terhadapnya, lapor Xinhua.

Dakwaan yang dikemas kini menambah pertuduhan menyimpan maklumat pertahanan negara secara haram.

Tuduhan baharu itu adalah mengenai Trump membincangkan mengenai rakaman audio dokumen sulit dalam simpanannya.

Trump menghadapi 40 pertuduhan dalam kes dokumen sulit Mar-a-Lago. – Bernama, 28 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen