Arab Saudi tubuh syarikat pelaburan baharu tingkatkan pelancongan


Dana Pelaburan Awam Saudi umum penubuhan Syarikat Pelaburan Pelancongan Saudi, atau Asfar, bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara. – Gambar AFP, 28 Julai, 2023.

DANA Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan penubuhan Syarikat Pelaburan Pelancongan Saudi, atau Asfar, bagi menyokong pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Asfar akan melabur dalam projek pelancongan baharu dan membangunkan destinasi menarik di seluruh Arab Saudi, selain melabur dalam rantaian pelancongan tempatan, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi.

Inisiatif penubuhan itu adalah sebahagian daripada usaha negara untuk mencapai sasaran menarik 100 juta pengunjung setiap tahun menjelang 2030.

Mishary Alibraheem, ketua sektor hiburan, riadah dan sukan bagi Pelaburan MENA di PIF, berkata Asfar akan mengaktifkan peranan bandar Saudi dalam menyokong ekonomi negara.

PIF ialah dana kekayaan Arab Saudi. Ia adalah antara dana kekayaan negara terbesar di dunia dengan jumlah aset dianggar bernilai AS$700 bilion. – Bernama, 28 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen