MAYAT seorang pendaki Jerman yang hilang sejak 1986 ditemui di glasier di Pergunungan Alps Switzerland, kata polis kanton Valais pada Khamis.
Perubahan iklim mempercepatkan pencairan glasier, menyebabkan mayat diliputi ais berpuluh tahun lamanya mula terdedah.
Pada 12 Julai, pendaki menemui mayat manusia dan beberapa peralatan di glasier Theodule, di selatan Switzerland.
Mayat dibawa ke hospital dan hasil perbandingan DNA membuktikan ia seorang pendaki yang hilang pada September 1986, kata polis dalam satu kenyataan.
Lelaki yang ketika itu berusia 38 tahun, hilang selepas tidak kembali selepas keluar mendaki. Pencarian yang dilakukan pada masa itu tidak berjaya menemuinya. – AFP, 28 Julai, 2023.
Komen