2 pengintip Ukraine dipenjara 15 tahun 


DUA pengintip Ukraine dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana mengintip dan terlibat dalam kematian askar Russia di zon operasi tentera khas, lapor Sputnik memetik Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia pada Khamis.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun masing-masing ke atas dua ejen perisikan Ukraine dengan hukuman dijalankan di Russia.

“Mereka ditahan oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia pada 2022 kerana disyaki mengintip dan terlibat dalam kematian askar Russia serta pemusnahan peralatan ketenteraan di zon operasi khas,” kata FSB.– Bernama, 28 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen