Sokongan pimpinan Umno Kelantan beri Amanah semangat 


Pengarah Pilihan Raya Negeri Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah berkata sokongan yang diterima daripada pihak pimpinan Umno di negeri itu amat memberangsangkan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai 2023.

SOKONGAN yang diterima Amanah daripada pihak pimpinan Umno Bahagian di Kelantan amat memberangsangkan, katanya Pengarah Pilihan Raya Negeri Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Beliau berkata kerjasama itu terbukti apabila kehadiran pimpinan Umno peringkat bahagian di beberapa program yang dilaksanakan setakat ini dilihat amat ramai dan cukup memberi kesan untuk perpaduan.

“Kehadiran mereka membantu memberikan semangat kepada Amanah yang dilihat lemah di beberapa bahagian,” katanya di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata perpaduan antara parti di dalam Pakatan Harapan diharap dapat diterjemahkan kepada kemenangan pada PRN kali ini kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai perancangan yang tidak menjadi oleh kerajaan negeri sekarang. – Bernama, 27 Julai 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen