3 jemaah masjid di Sudan maut ditikam penyerang


Tiga jemaah masjid di Kasala, Sudan maut ditikam seorang lelaki yang menyerang menggunakan pisau. – Gambar fail EPA, 28 Mac, 2018.

SEORANG lelaki menyerang beberapa jemaah masjid dengan pisau di Kasala, timur Sudan pada Selasa, membunuh tiga orang dan mencederakan beberapa yang lain, kata pegawai polis kepada AFP.

Ketua Polis Kasala, Yahi Sulayman berkata, kejadian itu terjadi ketika para jemaah berkumpul untuk bersembahyang di masjid yang terletak bersempadan dengan Eritrea.

“Tiga orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera,” kata Sulayman.

Seorang doktor di hospital yang merawat berkata, kesemua mereka ditikam.

Penduduk berkata penyerang cuba menghampiri jemaah yang enggan tidak mengendahkannya dan kemudian menikam mereka.

“Orang ramai di masjid kemudian membalas dan membunuh penyerang itu,” kata Sulayman, sambil menambah identiti penyerang itu belum diketahui.

Sejak Januari Sudan menutup sempadan timurnya dengan Eritrea, beberapa hari selepas Khartoum mengisytiharkan darurat di Kasala.

Pegawai berkata keputusan mengisytiharkan darurat adalah sebahagian daripada kempen kerajaan untuk mengumpul senjata haram di negeri ini.

Ratusan tentera Sudan ditempatkan di Kasala dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kata penduduk.

Ribuan penduduk Eritrea, melarikan diri ke Sudan secara haram melalui sempadan dengan Kasala setiap tahun dan kemudian melakukan pelayaran berbahaya di seluruh Mediterania ke Eropah.

Selain Kasala, keadaan darurat turut berlaku di kawasan perang Sudan di Darfur, Blue Nile, Kordofan Selatan dan Utara. – AFP, 28 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen