Malaysia bukan negara berbilang kaum, kata Dr Mahathir


Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata berhenti melabelkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2023.

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata semua orang perlu berhenti melabelkan Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

Beliau berkata Malaysia adalah negara Melayu yang mengalu-alukan kaum lain untuk tinggal di sini.

Masih dengan kenyataannya terhadap aspek berbilang kaum di Malaysia dan Melayu yang dikatakan makin lemah, Dr Mahathir berkata Malaysia kekal sebagai tanah Melayu.

“Berhenti bercakap tentang Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Ia tidak.

“Ia negara Melayu yang menjadi tuan rumah untuk orang dari negara lain.

“Banyak negara berbuat begini. Tetapi negara ini kekal sebagai tanah orang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir mempromosikan agenda Proklamasi Melayu bagi mempjuangkan hak orang melayu, berkata mereka dipinggirkan di tanah air sendiri.

Beliau turut mulakan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). – 27 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen