CHOW Kon Yeow menolak dakwaan ada campur tangan dalam pemilihan barisan calon parti untuk pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan, yang menyaksikan beberapa veteran digugurkan daripada senarai.
Chow berkata senarai akhir dibuat oleh panel lima individu jawatankuasa calon.
“Kami terima keputusan yang dibuat jawatankuasa,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Beliau mengulas kenyataan penyandang DUN Bagan Dalam M. Satees daripada DAP yang mengecam parti, mendakwa parti dalam keadaan bahaya kerana dikawal oleh “maharaja”.
Satees berkata demikian semalam, sehari selepas beliau dan beberapa penyandang DAP yang lain digugurkan daripada senarai calon bertanding. Katanya, maharaja terbabit mahu menghapuskan mereka yang enggan tunduk pada arahan tertentu.
Antara yang digugurkan adalah pemangku timbalan ketua menteri II dan penyandang Adun Perai P Ramasamy, 74, selain penyandang DUN Padang Lalang Chong Eng, 66, ahli exco Phee Boon Poh, 71,Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee. – 27 Julai, 2023.
Berita penuh di sini.
Komen