PM umum RM100 kepada 10 juta individu dewasa


Perdana Menteri Anwar Ibrahim di majlis pelancaran 'Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat', di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar Facebook, 27 Julai, 2023.

RAKYAT Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah akan mendapat RM100 setiap seorang daripada kerajaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini.

Jumlah itu akan dikreditkan ke dalam e-dompet kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dewasa, tambahnya.

“Dana untuk kemudahan ini akan mencecah kira-kira RM1 bilion,” kata Anwar pada pelancaran “Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat” di Suruhanjaya Sekuriti hari ini.

Bulan lepas, kerajaan mula mengagihkan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program e-Tunai Belia Rahmah, melibatkan kira-kira 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun dengan peruntukan keseluruhan RM400 juta.

Anwar berkata, pengumuman hari ini adalah selepas mengambil kira kejayaan program e-tunai. – 27 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen