Bersatu sah tanding 5 kerusi DUN Terengganu


BERSATU akan bertanding di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Alias Razak berkata perkara itu diputuskan secara bersama antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

“Bukan lagi anggaran, tetapi sah dan muktamad Bersatu dapat lima kerusi DUN untuk PRN Terengganu. Perincian siapa calonnya dan di mana kerusi tersebut akan diumumkan malam esok,” katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini. 

PAS Terengganu akan mengumumkan calon-calonnya untuk PRN dan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu di Masjid Rusila, Marang esok.

Dalam pada itu, Alias yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Tunggal menyeru semua calon merentasi parti untuk tidak melakukan serangan berbentuk peribadi, sebaliknya berkempen secara sihat dan berpolitik secara matang. – Bernama, 26 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen