SEORANG lelaki berusia 59 tahun meninggal dunia ketika dalam tahanan lokap balai polis Setiawangsa, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Bukit Aman Azri Ahmad,
Beliau berkata rakan sel tahanan mendapati dia sukar bernafas dan memaklumkan kepada kakitangan balai.
Azeri berkata anggota balai segera menghubungi hospital dan ambulans tiba untuk membawa tahanan ke hospital.
“Doktor dari jabatan kecemasan dan trauma Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa lelaki itu dan disahkan meninggal dunia.
“Unit siasatan kematian dalam tahanan (USJKT) Bukit Aman akan menyiasat perkara itu,” kata Azri dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Azri berkata lelaki itu ditahan pada 6 Julai di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi polis terus menahannya selepas didapati mempunyai kaitan dengan kes lain. – 26 Julai, 2023.
Komen