Mexico teruskan saman terhadap pembuat senjata api di AS


Menurut anggaran rasmi lebih 500,000 senjata diseludup merentasi sempadan AS-Mexico setiap tahun yang membawa kepada jenayah kekerasan. – Gambar AFP, 26 Julai, 2023.

KEMENTERIAN Luar Mexico semalam berkata kerajaan Mexico berharap samannya terhadap pengeluar dan pengedar senjata api di Amerika Syarikat (AS) dapat  diteruskan selepas ditolak sebelum ini, lapor Xinhua.

“Kerajaan Mexico yakin hujahnya akan diterima oleh mahkamah,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan media. 

Pada Ogos 2021 Mexico memfailkan saman di AS terhadap pembuat dan penjual senjata api mendakwa amalan perniagaan cuai mereka menjurus kepada kemasukan besar-besaran senjata dalam kalangan kumpulan penjenayah terancang.

Menurut anggaran rasmi lebih 500,000 senjata diseludup merentasi sempadan setiap tahun yang membawa kepada jenayah kekerasan.

Pada September 2022 Mahkamah Daerah Massachusetts menolak saman itu. Mexico merayu keputusan itu dan semalam mengemukakan hujah lisannya memohon kes itu diteruskan.

“Mexico akan meneruskan usaha dan tindakannya untuk memerangi kemudaratan kepada rakyat negara itu akibat penyeludupan senjata haram,” kata kementerian itu. – Bernama, 26 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen