5 maut jambatan runtuh di selatan Filipina


Jambatan keluli yang sedang dalam pembinaan runtuh di Davao City di selatan Filipina menyebabkan lima orang maut. – Gambar Pejabat Polis Davao City, 26 Julai, 2023.

LIMA maut selepas sebuah jambatan keluli yang sedang dalam pembinaan runtuh di Davao City di selatan Filipina, kata polis pada Selasa.

Polis berkata kesemua mangsa sedang memasang panel sisi jambatan menggunakan sebuah trak boom apabila struktur itu runtuh kira-kira 3.30 petang waktu tempatan pada Isnin, menimbus tujuh pekerja, lapor Xinhua.

Dua lagi cedera parah tetapi terselamat. Satu siasatan dimulakan berhubung kemalangan itu. – Bernama, 26 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen