DAP tampil calon muka baharu untuk kekal relevan, kata Loke


Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata proses peremajaan parti perlu dilakukan setiap parti politik untuk kekal relevan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai 2023.

DAP akan terus kekal sebagai sebuah parti yang dinamik dan relevan dengan meletakkan calon muka baharu dalam semua pilihan raya, kata Anthony Loke.

Setiausaha agung DAP itu berkata demikian selepas mengumumkan tujuh muka baharu parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos ini.

“Kita (DAP) mengambil satu pendekatan berimbang di mana ada muka baharu dan ada muka lama supaya kita sama-sama membina kekuatan DAP seterusnya di Pulau Pinang.

“Kita perlu memberi peluang kepada muka-muka baharu,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan calon-calon DAP Pulau Pinang bagi PRN Ke-15 di George Town hari ini.

Tambah beliau, proses peremajaan parti perlu dilakukan setiap parti politik untuk terus kekal relevan.

“DAP tidak akan teragak-agak dalam proses ini sebab kalau kita gagal melaksanakan proses peremajaan ini maka lama-kelamaan parti kita menjadi tidak relevan.

“Pembaharuan ini akan berlaku setiap kali pilihan raya. Ini proses biasa. Satu hari nanti mungkin selepas satu atau pilihan raya akan datang saya juga akan digantikan,” kata Loke.

Antara tujuh muka baharu yang ditampilkan kali ini ialah Phee Syn Tze yang bakal bertanding di DUN Sungai Puyu; Chee Yeeh Keen (Bagan Jermal); K. Kumaran (Bagan Dalam); S. Sundarajoo (Perai); Joshua Woo Sze Zeng (Pulau Tikus); Wong Yuee Harng (Pangkalan Kota); Connie Tan Hooi Peng (Seri Delima). – 25 Julai 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen