SATU video yang menyaksikan empat penyelam berjudi dalam laut di selatan Thailand mungkin menyebabkan mereka didakwa, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan pada Selasa.
Video itu, yang dinamakan “card school,” menjadi tular di media sosial pada awal Mac.
Dalam video itu, wang syiling yang banyak boleh dilihat dengan jelas berada berhampiran keempat-empat penyelam yang sedang bermain kad di dalam air di Krabi, antara destinasi pulau terkenal Thailand.
Anurak Parinyasathitakun, seorang polis di perairan Krabi, berkata video itu mungkin dirakam di luar negara dan menambah bahawa jika ia difilemkan di Thailand, keempat-empat penyelam mungkin berdepan pendakwaan.
Kes itu sedang disiasat.
Komen