SEBUAH kapal karam di perairan wilayah Sulawesi Tenggara di Indonesia awal pagi tadi menyebabkan 15 terbunuh dan 19 yang lain hilang, lapor Xinhua, memetik pegawai.
Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah malam waktu tempatan di Teluk Mawasangka di Kabupaten Buton Tengah, kata ketua pejabat mencari dan menyelamat, Yusuf Latief.
Beliau berkata seramai 40 penumpang berada di atas kapal itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing selepas proses pengecaman dilakukan, manakala mereka yang terselamat sedang menjalani rawatan perubatan, katanya. – Bernama, 24 Julai, 2023.
Komen